fbpx

Pink Racing harap aksi sempurna di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith Farhan (kiri) tekad untuk menampilkan tunggangan terbaik bagi memburu kedudukan podium pada perlumbaan di Litar Lumba Tangkak, Johor esok.

PASUKAN Tobaki Pink Racing (TPR) berharap dapat mengubat duka menjelang aksi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor esok.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Litar Sepang Utara Mac lalu, pasukan itu gagal untuk menamatkan perlumbaan seperti diharapkan apabila jentera berdepan beberapa masalah teknikal.

Justeru, Pink Racing menerusi pelumba kategori CP125, Mohamad Harith Farhan Baharin berharap untuk menamatkan saingan esok di kedudukan podium apabila melakukan catatan masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan hari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu itu berharap perlumbaan esok berjalan lancar selain mengakui sudah bersedia sepenuhnya biarpun berdepan sedikit tekanan sepanjang minggu ini.

“Setakat ini, semuanya berjalan dengan baik dan saya akan cuba menampilkan aksi terbaik seperti biasa. Memang keyakinan itu ada, namun tetap ada tekanan setiap kali perlumbaan dan ia dirasai semua pelumba.

“Dalam perlumbaan sebenar, apa sahaja boleh berlaku tetapi saya berharap pasukan tidak berdepan sebarang masalah, terutamanya dengan keadaan jentera,” katanya yang pernah menaiki podium sebanyak tiga kali pada musim lalu.

Pada sesi kelayakan CP125 yang berlangsung hari ini, dua pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, mengungguli sesi tersebut apabila Md. Hafiza Rofa melakukan catatan masa terpantas 45.670 saat (s) diikuti Md. Shafiq Rasol (45.702s).

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba TPR, Saiful Azhary Muhamad gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terpantas apabila mencatat 46.349s di kedudukan ke-12.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI