fbpx

Kerana Angah, Daud jadi kegilaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELEFILEM Angah bukan sekadar menghangatkan kembali nama Puteri Balqis, bahkan memperkenalkan Asyraf Roslee sebagai pelakon harapan di mata ramai.

TELEFILEM Angah lakonan Puteri Balqis baru-baru ini tular dalam media sosial khususnya TikTok kerana jalan cerita yang memaparkan kisah benar tentang seorang kanak-kanak istimewa dirogol sehingga mengandung anak luar nikah.

Lakonan Puteri Balqis memang tak boleh disangkal. Itu antara pujian yang diberikan ramai mengenai telefilem arahan Eyra Rahman tersebut.

Selain lakonan Balqis yang menerima pujian ramai, sebuah lagi watak iaitu Daud lakonan Asyraff Roslee berjaya mencuri tumpuan ramai.

Dipuji dek ketampanan paras rupa dan pandai berlakon, ramai tidak puas puas dengan kemunculan Asyraf.

“Daud tolong berlakon jadi hero, tak puas tengok lakonan awak,” komen netizen.

“Suka tengok lakonan sebagai Daud, sampai keluar air mata,” puji seorang penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI