fbpx

Kanak-kanak lelaki cedera kaki tersepit eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan kaki kanak-kanak lelaki yang tersepit pada eskalator sebuah pusat membeli-belah di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.54 petang.

“Berdasarkan laporan awal, kaki kanak-kanak berusia 11 tahun itu tersepit pada eskalator yang berada di tingkat dua pusat membeli belah tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, beberapa peralatan digunakan untuk melepaskan kaki kanak-kanak terbabit dan berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 3.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali memaklumkan, kaki kanan mangsa dipercayai tersepit setelah selipar dipakainya termasuk ke bahagian dalam eskalator.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kanak-kanak itu sedang menggunakan eskalator untuk turun dari tingkat tiga sebelum kakinya tersepit.

“Sebaik kaki kanak-kanak itu tersepit, pihak penyelenggaraan pusat membeli-belah tersebut mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkannya namun gagal.

“Kanak-kanak itu beberapa kali menjerit kesakitan ketika kakinya cuba dikeluarkan, namun dia berjaya ditenangkan dan orang ramai turut menepuk tangan sebaik pihak bomba berjaya menyelamatkannya,” katanya.

Difahamkan kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan pada jari kaki kanannya dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI