fbpx

Debat Perdana Najib, Anwar buka gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) dan Najib (kiri) bakal membincangkan pelbagai isu termasuk Sapura Energy Bhd. pada sesi Debat Perdana kali ini.

PETALING JAYA- Debat Perdana yang menampilkan dua figura hebat dalam arena politik negara membuka tirai secara rasminya pada pukul 9 malam tadi seterusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui idea yang bakal dilontarkan dua pemimpin terbabit.

Debat yang menampilkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka berlangsung selama satu jam 30 minit.

Difahamkan, sebanyak empat sesi bakal diadakan menerusi debat perdana itu di mana ia akan dimulakan dengan perbincangan mengenai Sapura Energy Bhd. sebelum persoalan berhubung masa depan negara.

Pusingan ketiga akan diteruskan mengenai sesi soal jawab antara dua figura terbabit sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab dalam kalangan penonton.

Dalam pada itu, debat terbabit bukan mengenai siapa menang atau kalah, tetapi adalah satu bentuk idea kepada Malaysia untuk menjadi lebih baik kerana objektif utamanya ialah meraikan idea juga pandangan daripada pendebat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI