fbpx

Suspek larikan kanak-kanak ada masalah mental, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPEK berusia 20 tahun diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila dia menjadi mangsa culik seorang lelaki yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah mental dalam kejadian di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikatakan berjalan seorang diri pulang dari kelas agama untuk pulang ke rumah keluarganya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa didatangi seorang lelaki berusia 20 tahun mempelawa untuk membawanya pulang dengan menaiki motosikal jenis Honda Dash.

“Mangsa enggan menaiki motosikal sebelum suspek memegangnya untuk dibawa lari namun kejadian itu disedari beberapa orang awam yang melalui kawasan itu.

“Suspek juga bertindak agresif sebelum orang ramai membantu menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad OKU masalah mental.

Selain itu katanya, suspek positif dadah jenis methamphetamin serta dikehendaki polis berkaitan kes penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa klip video menunjukkan seorang lelaki memegang dan melarikan seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian sekolah agama.

Beberapa orang awam yang melalui kawasan itu bertanyakan kepada suspek namun suspek bertindak agresif sebelum dia ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN