fbpx

Remaja maut hidu semburan deodoran bagi melawan keresahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brooke menghidapi masalah keresahan yang semakin teruk ketika perintah berkurung ketat Covid-19. - Facebook Brooke Ryan

CANBERRA – Seorang remaja dari negeri New South Wales, Australia, maut disyaki akibat serangan jantung selepas menghidu semburan daripada botol deodoran bagi melawan masalah keresahan yang dialami, lapor akhbar Daily Star semalam.

Brooke Ryan, 16, dilaporkan berjuang untuk melawan masalah kesihatan mental itu, yang semakin teruk ketika perintah berkurung ketat Covid-19 dilaksanakan di Australia.

Mayat gadis itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidurnya, di sebelah botol deodoran dan sehelai tuala teh.

Ibunya, Anne Ryan, percaya bahawa Brooke mati mengejut akibat tabiat menghidu semburan deodaran. 

Meskipun laporan bedah siasat belum dikeluarkan, terdapat beberapa indikator yang menunjukkan gadis itu mati akibat serangan jantung.

“Brooke ialah seorang gadis yang cantik dan baik hati. Kami berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa kematiannya memberi kesan mendalam terhadap ramai orang,” katanya.

Beberapa kawasan di Australia dilaporkan mempunyai trend baharu, di mana golongan remaja menjadikan aktiviti menghidu bau semburan deodoran sebagai kegilaan mereka.

Bahan kimia aerosol itu turut diletakkan di dalam bekas berkunci di kedai-kedai bagi menghalang remaja daripada mengakses produk itu dengan mudah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI