fbpx

Putrajaya rekod kadar pengangguran 1%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putrajaya mencatatkan kadar pengangguran terendah dalam negara pada satu peratus, jauh di hadapan kadar nasional yang merekodkan 4.1 peratus untuk suku pertama tahun 2022.

PETALING JAYA – Wilayah Per­se­kutuan Putrajaya kekal meme­gang kadar pengangguran pa­ling rendah untuk tempoh suku tahun pertama 2022 pada satu peratus, berdasarkan statistik yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam.

Ia diikuti oleh Pahang yang merekodkan kadar pengangguran 2.4 peratus dan Melaka pada tiga peratus.

Bagi suku pertama 2022, kadar pengangguran di Malaysia menurun kepada 4.1 peratus, dengan bilangan penganggur menurun kepada 671,200 orang.

Kadar pengangguran tertinggi tahun lalu dicatatkan pada Julai iaitu sebanyak 4.8 peratus, melibatkan 778,200 penganggur.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, menuju ke hadapan, fasa peralihan ke endemik dan pelonggaran sekatan, termasuk pembukaan semula sempadan negara kepada umum dapat merangsang pemulihan ekonomi.

Tambahnya, aktiviti ekonomi dilihat semakin pulih terutama­nya dalam industri pelancongan, sekali gus membolehkan lebih banyak permintaan terhadap tenaga buruh bagi memastikan pengoperasian aktiviti perniagaan berjalan lancar.

“Sementara itu, indikator perdagangan luar negeri bulanan bagi kedua-dua eksport dan import meningkat semula dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit bulan ke bulan pada Mac 2022.

“Krisis antarabangsa yang ber­terusan seperti perang Rusia-Ukraine telah mengganggu rantaian bekalan global, namun ia mungkin mempunyai kesan langsung yang minimum terhadap perdagangan Malaysia.

“Secara keseluruhan, ekonomi negara serta pasaran buruh akan semakin berkembang pada bulan-bulan yang akan datang berikutan lebih banyak isyarat ekonomi positif yang ditunjukkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI