fbpx

Cuaca buruk di enam negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka akan berlaku sehingga lewat malam nanti.

“Ia melibatkan kawasan Pasir Mas, Kota Bharu dan Gua Musang di Kelantan serta Besut, Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu.

“Di Perak pula membabitkan Kinta dan Kampar manakala di Pahang melibatkan Bentong, Bera dan Rompin,” katanya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Johor iaitu Segamat dan Mersing.

“Di Sabah, cuaca buruk dikatakan tertumpu di Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI