fbpx

Wanita kerat kemaluan teman lelaki selepas membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMIR Esbeck (atas) dan rakannya, Sarkis Abboud dibunuh oleh Jasmine Everleigh di sebuah apartmen di Melbourne, Australia. – 7News

MELBOURNE, AUSTRALIA – Seorang wanita Australia bertindak memotong kemaluan teman lelakinya selepas menikam mangsa dan seorang rakannya menggunakan sebilah pisau, lapor akhbar The Sun.

Jasmine Everleigh, 44, dituduh membunuh Samir Esbeck, 59 dan Sarkis Abboud, 61, pada pagi Khamis lalu. Mayat mangsa ditemui di sebuah apartmen di Melbourne.

Suspek dan mangsa difahamkan telah menjalinkan hubungan selama 10 tahun. Wanita itu menikam mangsa sebelum memotong kemaluannya, lapor laman berita Australia 7 News.

Rakan kepada mangsa, Abboud turut ditikam dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Suspek kemudian ditahan di stesen kereta api berdekatan dan dirawat kerana mengalami luka pada tangan. Pada Jumaat lalu, polis mendakwanya dengan dua pertuduhan membunuh. 

Polis memaklumkan bahawa suspek telah meninggalkan kesan darah di beberapa batang jalan dan di sebuah taman permainan kanak-kanak sebelum ditangkap. 

Tiada sebarang penjelasan mengenai punca pembunuhan setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI