fbpx

Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan fenomena langit di bandar Zhoushan, China bertukar warna merah darah. - Daily Star

BEIJING – Penduduk di bandar Zhoushan, China telah dikejutkan dengan pemandangan langit yang bertukar warna menjadi merah seperti darah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian itu berlaku pada waktu malam apabila langit bertukar warna menjadi merah jingga dengan kehadiran lapisan kabus yang tebal.

Fenomena langit merah itu boleh dilihat di seluruh bandar berkenaan selama berjam-jam pada Sabtu lalu. 

Memandangkan kejadian tersebut tular di platform media sosial Douyin, orang ramai bimbang ia merupakan petanda buruk yang berkaitan dengan penularan Covid-19 di wilayah itu.

“Warnanya seperti merah darah. Ia kelihatan tidak baik sama sekali,” tulis seorang netizen.

“Gempa bumi akan berlaku dalam tujuh hari. Kejadian langit merah adalah tidak normal,’’ komen netizen lain.

Sementara itu, menjawab kepada fenomena berkenaan, biro meteorologi Zhoushan menjelaskan bahawa ia bukan sesuatu berkaitan perkara ghaib.

“Semalam agak berkabus dan awan terbentuk pada altitud rendah. Ini adalah fenomena yang disebabkan oleh pembiasan cahaya,’’ kata biro tersebut. 

Menurut rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik kerajaan, sebuah syarikat nelayan tempatan mengesahkan bahawa pembiasan cahaya merah itu datang dari salah satu bot nelayan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI