fbpx

AS berdepan 100 juta jangkitan baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 di di Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Providence St. Mary, California pada 11 Mac lalu. - AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada penduduk negara itu mengenai gelombang baharu Covid-19 yang boleh menyebabkan 100 juta jangkitan baharu, lapor akhbar The Washington Post, kelmarin.

Selain itu, angka kematian juga dijangka meningkat dengan ketara pada musim luruh dan musim sejuk ini, didorong oleh beberapa subvarian Omicron baharu yang kebal imuniti vaksin.

Unjuran tersebut dibuat oleh pegawai kanan pentadbiran semasa taklimat ketika AS menghampiri angka kematian Covid-19 mencecah sejuta.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk meningkatkan kesediaan negara dan memujuk penggubal undang-undang memperuntukkan berbilion-bilion dolar untuk pembelian stok vaksin, kit ujian dan perubatan.

Pegawai tersebut menyifatkan gelombang musim gugur dan musim sejuk sebagai senario berdasarkan pelbagai model luar pandemik itu.

Unjuran tersebut mengandaikan bahawa omicron dan subvariannya akan terus mendominasi penyebaran komuniti sambil mengakui perjalanan wabak itu boleh diubah oleh banyak faktor.

Beberapa pakar kesihatan juga bersetuju bahawa gelombang besar pada musim luruh dan musim sejuk ini mungkin berlaku memandangkan imuniti yang semakin berkurangan daripada vaksin dan jangkitan terdahulu.

Sekatan Covid-19 yang sudah hampir semua dilonggarkan dan peningkatan varian yang lebih kebal turut menjadi faktor kepada lonjakan gelombang baharu.

Sebelum ini, banyak pihak yang memberi amaran bahawa amalan kehidupan seperti sebelum pandemik seperti tidak memakai pelitup muka kepada menyertai perhimpunan sosial tertutup yang sesak, akan membawa kepada lebih banyak jangkitan.

Purata jangkitan baharu nasional dalam tempoh tujuh hari ini meningkat lebih dua kali ganda daripada 29,312 pada 30 Mac kepada hampir 71,000 pada Jumaat lepas.

“Ia sentiasa sukar untuk meramalkan masa depan berkaitan Covid-19 tetapi saya fikir kita berada pada titik sekarang di mana ia lebih sukar daripada biasa,” Ahli Epidemiologi Universiti North Carolina Gillings School of Global Public Health, Justin Lessler.

Pegawai White House berkata mereka bimbang bahawa sebahagian besar daripada bekalan antivirus dan kit ujian Covid-19 negara akan kehabisan akibat daripada peningkatan kes yang dijangkakan di Selatan pada musim panas ini.

Tanpa persediaan stok yang mencukupi, AS tidak akan bersedia untuk lonjakan musim luruh dan musim sejuk dengan kematian serta kemasukan ke hospital boleh meningkat secara mendadak.

Unjuran gelombang Covid-19 musim panas di bahagian selatan AS mencerminkan peningkatan yang sama pada 2020 dan 2021, adalah situasi yang amat membimbangkan kerana kadar vaksinasi dan penggalak yang lebih rendah di rantau tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI