fbpx

Trafik sesak, perlahan dari Bentong menghala Bukit Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Plaza Tol Bentong arah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Bentong menghala ke Gombak sesak dan perlahan ketika ini.

Menerusi satu ciapan di Twitter @LPTTrafik kira-kira pukul 9.25 pagi tadi, trafik dilaporkan sesak sepanjang 15.6 km dari Bentong ke Bukit tinggi iaitu di KM 65.0 hingga KM 49.2.

Katanya, kesesakan ini berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kata ciapan itu lagi, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih lagi lancar di kedua-dua arah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI