fbpx

Remaja OKU ditemui maut bilik tidur terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui tertiarap dan melecur 50 peratus di bahagian belakang badan di dalam bilik tidurnya di aras lapan, apartment Desa Bayan, Bayan Lepas di sini tadi.

BALIK PULAU – Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dilaporkan maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di tingkat lapan, apartment Desa Bayan, Bayan Lepas di sini pagi tadi.

Pemuda berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan melecur bahagian belakang badan di dalam bilik tidur rumahnya oleh pasukan bomba kira-kira pukul 9 pagi.

Semasa kejadian, pemuda tersebut dikatakan tinggal bersendirian di rumah tersebut setelah bapanya keluar bekerja di sebuah kedai berhampiran.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Sebelum itu, kebakaran tersebut telah menggemparkan penduduk perumahan di situ apabila melihat asap tebal keluar dari tingkap kediaman mangsa kira-kira pukul 8.50 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI