fbpx
KIM West dan anak kandungnya, Ben Ford mengaku jatuh cinta apabila disatukan setelah 30 tahun berpisah. - YouTube

Lelaki jatuh cinta dengan ibu kandung sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANSING, MICHIGAN – Seorang lelaki dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) mengaku jatuh cinta dengan ibu kandungnya sendiri, lapor akhbar The Sun, semalam.

Hubungan sumbang mahram yang mengejutkan antara Ben Ford, 32 dan ibunya Kim West, 51, terbongkar pada 2016 selepas 30 tahun lelaki itu dijadikan anak angkat oleh orang lain. 

Ketika berusaha mencari keluarga kandungnya, Ford menulis surat kepada West sebelum mereka disatukan pada 2014 dan hubungan terlarang antara mereka bermula.

Mereka telah melakukan hubungan intim beberapa kali sebelum Ford mendedahkan perasaan sebenar kepada isterinya, Victoria.

“Setiap kali saya meniduri kamu sejak saya bertemu dia (ibu), saya bayangkan sedang mencium dia (ibu). Jika tidak saya tidak dapat melakukannya,’’ jelas Ford kepada Victoria.

Victoria terkejut setelah mengetahui dia akan ditinggalkan oleh suaminya yang akan hidup bersama ibu kandung sendiri.

Pasangan ibu dan anak itu dipaksa bersembunyi oleh undang-undang negeri Michigan. Mereka boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan didaftarkan sebagai pesalah seksual seumur hidup. – Agensi

POPULAR