fbpx
Gambar hiasan

Bukan hanya lelaki, wanita Malaysia juga ramai terjebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penagih video pornografi mempunyai masalah kecelaruan personaliti atau personality disorder yang berkait rapat dengan kesihatan mental hingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan pasangan.

Bukan hanya lelaki, ketagihan itu turut melibatkan kaum wanita yang kebanyakannya menonton video lucah melalui gajet atau telefon bimbit masing-masing.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, penghidap personality disorder lebih suka mengasingkan diri, bersendirian walaupun sudah berkahwin dan tidak berapa suka melayan pasangan.

“Sudahlah tak minat dengan pasangan, mereka ini lebih suka melayari pornografi dan lebih puas melayan video lucah berbanding melakukan hubungan intim dengan pasangan.

“Keinginan seksual mereka kepada pasangan juga akan sema­kin kurang kerana mereka lebih berminat terhadap imiginasi seksual yang ditonton atau dilihat dalam video lucah,” katanya.

Menurut Fauziah, pesakit dalam kalangan wanita juga ramai yang mendapatkan rawatan kaunseling sama ada orang bujang atau isteri orang.

Tambahnya, ketagihan pornografi tidak bergantung kepada jantina atau status masing-ma­sing kerana mudah diperoleh di internet.

“Berlaku peningkatan pesakit sepanjang musim pandemik lalu yang rata-rata meminta agar membantu mereka membuang ketagihan pornografi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN