fbpx

Lelaki potong barisan secara bahaya disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pemandu kereta jenis Toyota Alphard yang memotong secara berbahaya di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh, Selasa lalu.

IPOH -Tindakan seorang pemandu memotong barisan secara berbahaya di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini membawa padah apabila disaman polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan pemanduan sebuah kereta jenis Toyota Alphard yang melakukan kesalahan tersebut semalam.

Katanya, hasil siasatan telah berjaya mengesan pemandu lelaki itu di Gunung Rapat di mana suspek mengakui melakukan kesalahan tersebut pada 11.44 pagi, Selasa lalu.

“Saman dikeluarkan kepada pemandu terbabit mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 LN166/59 iaitu memotong kenderaan lain secara berbahaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 33 saat memaparkan pemandu kereta tersebut memotong barisan secara berbahaya dengan pemandunya turut keluar dari kenderaan dengan lagak samseng.

Perkongsian itu membangkitkan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta itu yang boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI