SHAH ALAM – Tiga buah lot kilang pembuatan produk logam musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32, di sini malam tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 31 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Andalas dan Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.58 malam.
Katanya, berdasarkan maklumat mendapati kebakaran melibatkan tiga lot kilang dengan masing-masing lot terbakar 80 peratus kesemuannya.
Difahamkan kilang berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak 10 tahun lalu.
“Api berjaya dikawal pukul 12.43 pagi sebelum operasi ditamatkan pukul 3.13 pagi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kebakaran tersebut,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE














