fbpx

Hubungi makhluk asing ambil masa 400,000 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis mungkin tidak akan mendapat respons daripada makhluk asing untuk sepanjang kehidupan mereka. – Getty Images

BEIJING – Pakar-pakar angkasa lepas percaya bahawa proses menghubungi makhluk asing di cakerawala berkemungkinan mengambil masa sehingga 400,000 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mereka berkata, tempoh itu  diperlukan sebelum manusia menerima maklum balas daripada makhluk asing.

Pada bulan lalu, pasukan saintis antarabangsa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, mereka merancang untuk menghantar pesanan ke bintang-bintang jauh di angkasa lepas menerusi  gelombang radio. Ia dilakukan sebagai percubaan untuk menghubungi makhluk asing.

Bagaimanapun, laporan terbaharu oleh penyelidik Universiti Normal Beijing menyatakan bahawa pasukan saintis NASA itu mungkin tidak akan mendapat respons daripada makhluk asing sepanjang hayat mereka.

Ini kerana, untuk menerima respons daripada makhluk yang perlu memahami mesej yang dihantar, ia mungkin memakan masa selama beratus-ratus ribu tahun.

Penyelidik-penyelidik universiti berkenaan  berkata, pada kadar terbaik, proses itu diramal mengambil masa selama 2,000 tahun.

“Sebagai satu-satunya tamadun pintar yang maju di Bumi, satu daripada persoalan yang semakin membingungkan adalah sama ada kewujudan manusia itu unik.

“Alasan mengapa kita masih belum menerima sebarang isyarat daripada makhluk di luar angkasa lepas adalah jangka hayat komunikasi manusia mungkin tidak cukup lama,” kata penulis kajian, Wenjie Song.

Laporan  yang diterbitkan dalam The Astrophysical Journal itu turut menyatakan bahawa manusia mungkin tidak akan menerima sebarang isyarat daripada makhluk asing sebelum pupus dari muka Bumi ini. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI