fbpx

50 meteor Eta Aquariid sejam mewarnai langit awal pagi lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar yang memaparkan simulasi juraian meteor Eta Aquariid di langit pada petang esok sehingga awal pagi lusa. - Ihsan Falak Online

PUTRAJAYA – Para peminat astronomi di Malaysia berpeluang menyaksikan curahan ‘hujan’ tahi bintang Eta Aquariid menjelang awal pagi Sabtu ini di seluruh negara jika cuaca baik.

Menurut hantaran Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi laman sosialnya, fenomena alamiah itu sebenarnya sudah boleh disaksikan sejak 19 April lalu sehingga 28 Mei depan.

“Bagaimanapun kemuncak taburan hujan meteor kejadian ini diunjurkan berlaku awal pagi 7 Mei 2022 dengan purata dianggarkan sekitar 50 meteor per jam dapat dilihat,” jelasnya.

Mysa memaklumkan bahawa peristiwa curahan Eta Aquariid di langit itu merujuk kepada titik asal kemunculan meteor tersebut di angkasa melibatkan sekitar kawasan buruj Aquarius.

Namun ujar agensi itu, kemunculannya yang merupakan induk daripada komet Halley, masih boleh berlaku dari pelbagai arah dengan had laju maksimum kelaziman 66 kilometer sejam.

Kenampakan juraian meteor itu pada kali ini diramalkan adalah baik kerana tiada gangguan daripada pantulan imej cahaya bulan ketika kemuncak tempoh curahan berlaku di angkasa.

Objek terapung satelit sejadi bumi itu belum lagi memasuki fasa bulan suku pertama yang dijangka berlaku pada 9 Mei ini sebelum fasa bulan penuh atau purnama pada 16 Mei depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI