fbpx

Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE FLIZZOW

PETALING JAYA – “Siapa pakai baju Melayu lengkap (bersampin) dengan sneakers, kalau gua jumpa, gua rembat lu.”

Itu pesanan daripada penyanyi rap terkenal Joe Flizzow kepada individu berusia 21 tahun ke atas tentang etika memakai baju Melayu supaya kelihatan lebih sempurna dan tertib.

Ujar Joe atau nama lengkapnya Johan Ishak menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram @sneakerlah berkata, gaya memakai baju Melayu bersama sneakers dilihat seperti budak-budak dan tidak sesuai digayakan orang dewasa.

“Jika anda memakai baju melayu lengkap bersongkok, baju kancing, sampin, tolong jangan pakai dengan sneakers.

“Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Tolong dan tolong.

“Itu untuk budak-budak kecil. Kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua rembat lu,” katanya dalam video tersebut.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian orang ramai, selain dimuat naik dalam Instagram dan juga Twitter. Rata-rata pendapat netizen bersetuju dengan pandangan Joe.

“Tolong hormat budaya kita. Nasi lemak cicah dengan keju sangat tidak kena,” kata seorang netizen.

“Saya sangat bersetuju dengan pandangan Joe Flizzow,” sokong seorang pengikutnya.

Namun ada juga netizen yang mengatakan bahawa memakai baju Melayu dengan padanan sneakers adalah hak masing-masing.

“Fesyen adalah subjektif. Hak masing-masing,” kata seorang pengguna Instagram.

“Gua yang pakai, lu yang panas,” kata seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI