fbpx

Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan sepasang kekasih diarak penduduk kampung kerana berzina pada bulan Ramadan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang kekasih diarak di jalan raya selepas ditangkap berzina pada bulan Ramadan lalu, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @ndorobei.official.

Rakaman memaparkan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans berjalan sambil menolak motosikalnya. 

Seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, memegang tangan lelaki itu ketika berjalan bersama-sama.

Leher pasangan itu masing-masinh digantungkan kadbod dengan tulisan ‘Saya berzina pada bulan Ramadan’. Mereka menundukkan kepala kerana malu.

Ketika kejadian, rombongan penduduk kelihatan mengarak mereka melalui jalan-jalan di sekitar perumahan berkenaan. Lokasi kejadian tidak didedahkan. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jahat betul, boleh sahaja bawa ke balai polis untuk selesaikan kes,’’ tulis seorang netizen.

“Sedangkan Allah menutup aib hambanya,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI