fbpx

Timbalan Menhan rai Syawal dengan warga Malbatt 850-9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal Hisham (tengah) bersama-sama warga Malbatt 850-9 meraikan malam raya di Kem Marakah, Lubnan.

MARAKAH Lubnan – Sambutan Syawal bagi wira-wira negara yang bertugas dalam misi pengaman bermakna dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan (Menhan), Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ikmal melakukan lawatan ke Kem Marakah sekali gus menyertai persiapan pada malam raya serta menyambut 1 Syawal bersama warga Malbatt 850-9.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad dan rakan sejawatannya dari Brunei, Brigadier Jeneral Alirupendi Perudin.

Malbatt 850-9 dalam kenyataan memaklumkan, ketibaan Ikmal dan tetamu disambut Komander Malbatt, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin.

Menurut kenyataan itu, Ikmal kemudian menyertai majlis berbuka puasa di Dewan Jun Sang UNP 2-1, Kem Marakah.

“Selesai majlis berbuka puasa, para hadirin telah melaungkan takbir raya di Masjid Kawkaba.

“Seterusnya Timbalan Menteri Pertahanan turut serta dalam program memasak malam hari raya Aidilfitri di pekarangan Nadi Taming Sari,” ujar kenyataan itu.

Walaupun bukan berada di Malaysia, namun juadah seperti lemang, ketupat, kuah kacang yang merupakan hidangan wajib tetap dihidangkan.

Ia juga dapat mengubati rasa kerinduan untuk menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.

Majlis ini bertepatan dengan tonggak keempat Komander Malbatt 850-9 iaitu professional dan keseimbangan dalam tugas pada diri seluruh warga harimau biru. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI