fbpx

Lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki yang tertidur ditinggalkan seorang diri setelah solat Hari Raya Aidilfitri selesai. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Hari Raya Aidilfitri, manakala jemaah lain sudah meninggalkan pekarangan masjid, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @varioleci. 

Kejadian itu dikatakan berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat. 

Rakaman menunjukkan seorang jemaah lelaki berbaju biru dan berkopiah sedang tidur dalam keadaan bersujud diatas sejadah.

Dia adalah antara jemaah yang terpaksa solat di pekarangan kerana ruang dalam masjid sudah penuh.

Sebilangan jemaah lain sudah bangun untuk meninggalkan kawasan itu. Mereka tertawa melihat lelaki itu.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Malunya sampai Hari Raya tahun depan,’’ tulis seorang netizen.

“Kerana mimpi lebih indah daripada kenyataan, teruskan tidur,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI