fbpx

Set rangka lengkap dinosaur bakal dilelong RM26 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelongan Deinonychus akan bermula pada 12 Mei ini. - Christie’s

BANDAR RAYA NEW YORK – Firma lelongan dari London, Christie’s mengumumkan akan melelong set rangka lengkap sebenar dinosaur jenis Deinonychus pada musim bunga ini dalam satu acara lelongan di New York, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Spesies itu yang memberi inspirasi kepada rekaan dinosaur jenis Velociraptor dalam filem Jurassic Park, ditemui pada tahun 1964 dan dijangka dilelong pada harga AS$4 juta (RM17 juta) hingga AS$6 juta (RM26 juta).

Deinonychus akan dipamerkan dari 30 April hingga 11 Mei ini serta akan dilelong pada 12 Mei.

Digelar sebagai ‘Terrible Claw’, tulang rangka haiwan purba itu telah digali dari Wolf Canyon, Montana tujuh tahun lalu.

Ketua Sains dan Sejarah Semula Jadi Christie’s, James Hyslop berkata, keistimewaan rangka itu adalah ia merupakan set tulang-temulang paling lengkap yang pernah ditemui.

“Terdapat 126 tulang fosil asal, termasuk semua bahagian tulang cakar yang menjadikan raptor ini begitu ikonik dan terkenal,” kata Hyslop. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI