fbpx

Spurs pertimbang calon ganti Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE dilaporkan menjadi buruan PSG dan bersedia untuk menerima tawaran sekiranya tuntutan gajinya dilunaskan. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur menolak peluang untuk membawa pulang bekas pengurusnya, Mauricio Pochettino sekiranya pengurus semasa, Antonio Conte membuat keputusan meninggalkan pasukan itu musim panas nanti.

Conte dilaporkan menjadi buruan Paris Saint-Germain selepas kelab itu dilaporkan tidak ber­puas hati dengan prestasi Pochettino kerana gagal mereali­sasikan impian mereka menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini apabila tersingkir di pusingan 16 pasukan terbaik.

Biarpun situasi tersebut seakan memberi kelebihan kepada Pochettino untuk kembali ke London, namun beberapa ahli lembaga pengarah kelab itu dilaporkan menentang cadangan tersebut selain memiliki beberapa calon lain.

Pengurus Brighton, Graham Potter dan Ketua Jurulatih Itali, Roberto Mancini adalah dua nama yang disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas yang bakal ditinggalkan oleh Conte jika PSG bersedia melunaskan permintaan gaji tahunannya seba­nyak £25 juta (RM137 juta).

Potter menarik minat pihak pengurusan Spurs sejak sekian lama termasuk ketika mereka menyingkirkan Jose Mourinho selain Mancini dilihat memiliki karisma.

Peluang mereka untuk mendapatkan khidmat Mancini mungkin berdepan kesukaran selepas bekas pengurus Manchester City itu baharu menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan kebangsaan Itali.

Bagaimanapun, Spurs dilaporkan akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan Conte supaya terus menjadi pembimbing kelab itu kerana beliau masih memiliki kontrak bersama mereka sehingga Jun 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI