fbpx
Kementerian Sumber Manusia dijangka memperkenalkan pelbagai inisiatif menarik untuk membela nasib dan kebajikan lebih 16 juta orang pekerja di seluruh negara ini.

Perundangan khusus untuk pekerja gig, WFW 14 bahasa bakal dibangun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia dijangka memperkenalkan pelbagai inisiatif menarik untuk membela nasib dan kebajikan lebih 16 juta orang pekerja di seluruh negara ini.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, langkah itu juga sejajar trend pasaran buruh tempatan yang kini lebih berorientasikan pasaran pekerja dan bukan lagi pasaran majikan.

“Justeru, usaha kementerian antaranya akan meneliti keperluan penggubalan perundangan khusus bagi mengawal selia dan melindungi kepentingan pekerja sektor gig,” katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian menerusi kenyataan khas bersempena dengan Hari Pekerja 2022 kali ini yang bertemakan Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara.

Ucapan perutusan itu turut disiarkan menerusi saluran Radio dan Televisyen Malaysia hari ini susulan tiada sambutan besar-besaran sebagai menghormati kemuliaan suci bulan Ramadan.

Mengulas lebih lanjut, Saravanan berkata, ketika ini dianggarkan kira-kira empat juta rakyat Malaysia menyertai ekonomi gig berbanding hanya 500,000 orang sebelum wabak Covid-19.

“Kementerian sentiasa prihatin terhadap keperluan pekerja gig dan memberi jaminan bahawa status mereka dari segi kawal selia aspek perundangan akan diteliti secara rapi,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR