fbpx

Hati Johan As’ari kembali dimiliki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN AS'ARI

SUDAH lama rasanya Diva tidak dengar cerita kisah cinta pelakon berwajah ‘gangster’ tetapi naif, siapa lagi kalau bukan Johan As’ari.

Biarpun mukanya gangster, tetapi tetap tampan ya! Dalam nak raya, Diva ada dengar gosip yang bertebaran, katanya hati Johan kini dimiliki seseorang. Betul ke?

Bahkan pelakon berusia 35 tahun itu juga mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dikatakan berasal dari Perlis itu.

Wah! Nampak gayanya gigit jari lagilah peminat wanita di Malaysia kalau benar pelakon drama Juvana itu akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Selepas pendedahan MK yang akhirnya berkongsi wajah gadis pilihannya, bila pula giliran Johan ya? Mesti sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua.

Diva pun nampaknya kenalah menerima hakikat jodoh Diva bukan lagi bersama Johan. Sedih!

DIVA: Suka lihat perkongsian suasana di Mekah oleh penyanyi nombor satu negara siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI