fbpx

Aaron-Wooi Yik kempunan rangkul trofi BAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik (kanan) terpaksa akur tewas 21-23, 10-21 kepada Kusumawardana-Rambitan pada aksi final beregu lelaki BAC di Manila sebentar tadi. - BAM

HAJAT beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina tidak kesampaian.

Ia berikutan kekalahan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan dengan keputusan straight set 21-23, 10-21 pada aksi final sebentar tadi.

Kekalahan di Kompleks Sukan Muntinlupa itu menyaksikan Malaysia terus gagal untuk menamatkan penantian dalam acara beregu lelaki sejak kali terakhir ia dilakukan oleh Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2007.

Aaron-Wooi Yik perlu bangkit ke tahap sebenar dan melupakan kekalahan itu menjelang kejohanan seterusnya iaitu saingan Piala Thomas yang akan diadakan di Bangkok, Thailand bermula 8 hingga 15 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI