fbpx

Berlian biru terbesar dunia dijual RM250 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berlian yang ditemui di lombong Afrika Selatan ini berjaya dijual dengan harga RM250 juta. - Sotheby’s

HONG KONG – Sebutir berlian biru terbesar di dunia yang dilelong oleh firma Sotheby’s cawangan Hong Kong berjaya dijual pada harga AS$57.5 juta (RM250 juta), lapor laman berita Wionews kelmarin.

Berlian seberat 3.02 gram (15.10 karat) dinamakan The De Beers Cullinan Blue itu pada mulanya dijangka dapat dijual pada harga AS$48 juta (RM209 juta).

Seorang pembeli yang dirahsiakan identitinya membeli permata itu menerusi bidaan dalam  telefon.

Acara  lelongan itu turut menyaksikan perang bidaan selama lapan minit antara empat pembeli yang berpotensi.

Menurut kenyataan akhbar Sotheby’s, berlian biru itu berasal dari lombong Cullinan di Afrika Selatan dan diperoleh pada 2021.

“Pemilikan berlian biru ini sangat jarang berlaku dengan hanya lima contoh berlian hampir serupa yang pernah dilelong, manakala tidak ada satu pun daripadanya memiliki berat melebihi 3 gram (15 karat).

“Ini merupakan berlian biru terbesar yang pernah saya lihat,” kata Pengerusi Sotheby’s Asia, Patti Wong. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI