fbpx

Jokowi mahu industri sawit Indonesia utamakan bekalan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Joko Widodo berkata, memenuhi keperluan asas rakyat adalah keutamaan yang lebih penting daripada pertukaran asing. - YouTube Sekretariat Presiden

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan bahawa tindakan memenuhi keperluan asas rakyat adalah menjadi keutamaan yang lebih penting berbanding pertukaran asing dan lebihan imbangan perdagangan, lapor laman berita Kompas. 

Kenyataan tersebut disampaikan oleh Jokowi pada sidang media mengenai larangan eksport minyak masak dan bahan mentahnya di Istana Negara yang diadakan  secara online kelmarin.

“Saya tahu negara perlukan cukai, pertukaran asing dan lebihan imbangan perdagangan. Namun, memenuhi keperluan rakyat adalah menjadi keutamaan,’’ kata beliau.

Jelas Jokowi, larangan eksport minyak masak dilakukan kerana bekalannya di Indonesia tidak dapat dipenuhi sehingga menyebabkan kekurangan. Justeru, beliau meminta industri sawit untuk memenuhi keperluan bekalan minyak masak domestik terlebih dahulu.

“Saya minta kesedaran industri sawit untuk memenuhi keperluan domestik. Utamakan keperluan rakyat dahulu, Seharusnya jika dilihat kepada kapasiti pengeluaran untuk keperluan domestik, ia boleh dipenuhi dengan mudah,’’ jelas beliau.

Jokowi turut menegaskan bahawa keperluan asas rakyat bukan sahaja menjadi keutamaan malah menjadi asas bagi setiap keputusan dasar oleh kerajaan.

Beliau mengakui ia ironis kerana rakyat di negara itu mengalami kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak walaupun Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI