fbpx

Chen EXO sudah pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEN EXO

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Chen akhirnya selamat kembali ke pangkuan keluarga dan peminat tersayang selepas tamat menjalani latihan khidmat ketenteraan beberapa hari lepas.

Memetik laporan Koreaboo, Chen atau nama sebenarnya Kim Jong-dae memasuki pusat latihan pada 2020 sebelum menyelesaikan latihan asas dan memulakan perkhidmatan sebagai tentera aktif.

Penyertaannya dalam latihan ketenteraan wajib tersebut sekali gus menjadikan Chen sebagai anggota keempat EXO yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya selepas Xiumin, D.O. dan Suho.

Chen, 30, turut berkongsi berita gembira tersebut buat semua pengikut dalam Instagram dan Twitternya.

Sebelum ini, Chen telah berkahwin dengan wanita pilihannya pada awal 2020 dan menyambut kelahiran anak sulung pada April tahun yang sama.

Dia dan isteri kemudiannya menimang anak kedua pada awal tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI