fbpx

Sembilan rumah terbakar dipercayai angkara mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran lima buah rumah di Berek 12, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi lima buah keluarga musnah apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada mercun bola di Berek 12 di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi itu, keseluruhan lima buah rumah musnah manakala empat lagi kediaman terbakar hampir 20 peratus.

Salah seorang mangsa, Noraiza Salleh, 42, berkata, sewaktu kejadian, di sedang mengemas bahagian di ruang tamu rumah sementara menunggu untuk ke sekolah anak bongsu bagi mengambil wang zakat.

Menurutnya, dia terdengar bunyi dentuman seperti letupan mercun bola di atas atap rumah ibunya, Zaharah Mat, 70, yang terletak di sebelah rumahnya.

“Pada mulanya saya tidak mengendahkan bunyi letupan itu namun, bunyi dentuman kali kedua lebih kuat. Saya terus meninjau keadaan rumah ibu sebelum mendapati ada api pada bahagian tingkat atas.

“Saya terus berlari memasuki rumahnya dan menyelamatkan ibu yang berada di dalam bilik. Ketika itu, dia sedang tidur selepas menyiapkan kuih-muih untuk jualan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penduduk yang mengatakan kebakaran itu angkara mercun bola.

Menurutnya, setakat ini, bahagian forensik JBPM masih menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kami masih tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu (angkara mercun),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Zainal, seramai 35 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Kota Darulnaim dan Pengkalan Chepa digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.53 pagi.

Tambahnya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran pada pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI