fbpx

Presiden Perancis dibaling buah tomato

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan melindungi Macron menggunakan payung bagi mengelakkannya daripada terkena serangan buah tomato. – AFP

PARIS – Seorang penunjuk perasaan bertindak membaling buah tomato ke arah Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika beliau melakukan tinjauan pertama selepas memenangi pilihan raya Presiden, lapor portal berita MailOnline semalam.

Macron yang diundi semula dalam pilihan bulan ini sedang menemui penyokongnya di sebuah pasar di Cergy, barat laut Paris apabila beliau menjadi sasaran.

Meskipun  tomato yang dilempar tidak mengenai pemimpin itu, ia menimbulkan huru-hara dalam kalangan pasukan keselamatannya ketika mereka cuba melindunginya.

Pengiringnya membuka sekaki payung bagi melindungi Macron daripada ‘hujan’ tomato, manakala beliau menutup bahagian atas kepala menggunakan tangannya.

Beliau juga didengari berkata “ini tidak serius,” sebelum dibawa pergi oleh pasukan pengawal peribadinya.

Macron mengalahkan pesaingnya, Marine Le Pen dengan peratusan undian sebanyak 58.5 peratus berbanding 41.5 peratus yang diperoleh Le Pen pada pilihan raya pusingan kedua  Ahad lalu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI