fbpx
Salah sebuah kerusi di dalam gerabak kereta api telah diconteng.

Conteng kerusi kereta api, jaga-jaga ada CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Aktiviti vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab masih tiada noktah sehingga kini.

Terbaharu, menerusi hantaran di laman Facebook Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini berkongsi gambar menunjukkan salah satu kerusi penumpang di dalam gerabak telah diconteng.

“Nak marah tapi kena sabar.

“Nak pesan supaya kita sama-sama jaga harta benda awam, elakkan dari membuat vandalisme dan jadilah pengguna yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, KTMB turut mengingatkan para penumpang bahawa segala aktiviti yang dilakukan di dalam kenderaan tersebut sentiasa di bawah pengawasan televisyen litar tertutup (CCTV).

“Awas ada CCTV yang memerhati anda,” jelasnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berharap tindakan tegas dikenakan kepada si pelaku dan mana-mana individu yang gemas merosakkan kemudahan awam.

“Dah ada rekod dalam CCTV, cari sampai jumpa, ambil tindakan tegas,” komen Azlia.

“Ada butiran siapa yang duduk di kerusi tersebut kan, sila hantar surat saman,” cadang Jamilah. – KOSMO! ONLINE

POPULAR