fbpx

Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki berpura-pura menjadi mayat di dalam liang lahad sebelum tanah kubur menimbusnya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang berpura-pura menjadi mayat di dalam sebuah kubur, namun tertimbus tanah, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ngakaksehat.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam, berseluar biru dan bertopi sedang berada di dalam sebuah kubur yang baru sahaja digali.

Lelaki itu kemudian berbaring di sisi kanan kubur seolah-olah dia telah meninggal dunia dan sedang ditanam.

Pada awalnya, dia tersenyum kepada perakam yang merakamkan dirinya. Tidak lama kemudian, setelah selesa berada di posisi yang dimahukan, tanah kubur di sebelah kanannya runtuh lalu menimbusnya hidup-hidup. 

Lelaki itu masih bernasib baik kerana tanah yang menimbusnya tidak terlalu banyak. Dia masih mampu keluar dari timbunan itu.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Maksudnya sudah diizinkan meninggal dunia,’’ tulis seorang netizen.

“Gurauan terakhir sebelum akhirnya dijemput malaikat,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI