fbpx

Awang Adek dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Adek

PUTRAJAYA – Datuk Dr. Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pelantikan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498) selepas menerima peletakan jawatan Pengerusi Eksekutif SC, Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang akan berkuatkuasa pada 31 Mei depan.

Kementerian itu berkata, susulan itu peletakan jawatan tersebut, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, MOF telah melantik Datuk Dr. Awang Adek Husssin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu selama tiga tahun bermula 1 Jun ini.

“Beliau (Awang Adek) mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam selain berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, antara pengalaman Awang Adek adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara, bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (LOFSA).

“Beliau juga merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke AS dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

“Berbekalkan pengalaman yang ada, MOF yakin Datuk Dr. Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI