fbpx

Salakan anjing petanda dinding retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pagar dinding rumah seorang penduduk di Jalan Kelabu 3, Taman Pelangi, Johor Bahru yang runtuh selepas hujan lebat baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Kebimbangan kini membelenggu penduduk yang mendiami perumahan di Jalan Kelabu, 3, Taman Pelangi di sini apabila berlakunya hakisan te­ruk di kawasan berkenaan akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Seorang penduduk dikenali sebagai Wong berkata, dia hanya menyedari mengenai kejadian itu selepas terdengar bunyi retakan kuat ketika berada di dapur rumahnya.

Katanya, keadaan menjadi cemas apabila anjing peliharaannya turut menyalak tanpa henti sebaik kejadian berlaku.

“Sebaik keluar dari rumah, saya dapati struktur di bahagian belakang rumah sudah runtuh. Ini kali pertama kejadian ini berlaku sepanjang lebih 30 tahun saya tinggal di sini.

“Hujan sangat lebat ketika itu selain tiupan angin yang kencang sehingga menyebabkan runtuhan tebing,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambahnya, tebing berkenaan yang berada bersebelahan kediamannya itu memang sudah retak sebelum ini, dan telah diperbaiki oleh Majlis Bandaraya Johor ­Bahru (MBJB).

“Saya menjadi bimbang jika ingin mengalihkan batu runtuhan itu, takut bahagian tebing akan menjadi lebih teruk. Buat masa ini, saya hanya tutup kawasan berkenaan dengan kanvas.

“Ketika ini, saya terpaksa juga tinggal di rumah ini dalam kea­da­an pagar dinding terbuka,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya MBJB ketika dihubungi memaklumkan, tebing berkenaan dibina tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan terbabit.

“Sebarang bentuk pembinaan seharusnya dibuat selepas mendapat kelulusan daripada MBJB bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku. Namun berdasarkan rekod kami, dinding berkenaan tidak mempunyai asas yang kukuh ketika dibina.

“Kami hanya dapat membantu melakukan kerja-kerja pember­sihan setelah mendapat permit kebenaran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI