fbpx

‘Sakan-sakan raya, jangan lupa nyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Sakan-sakan raya, SOP makin longgar, jangan lupa nyawa sendiri.”

Itu antara komen yang diberikan oleh orang ramai selepas pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai beberapa kelonggaran yang diberikan kerajaan bermula 1 Mei nanti.

Antaranya berhubung pemakaian pelitup muka di luar bangunan kini tidak lagi wajib dan orang ramai dibenarkan bersalaman, tetapi perlu mengekalkan kebersihan dengan sentiasa mencuci tangan.

Tinjauan Kosmo! di laman media sosial mendapati, rata-rata orang ramai berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik mereka.

“Raya tahun ini dah boleh salam, peluk, cium puas-puas keluarga, kalau tidak hanya angkat tangan macam polis jaga sekatan jalan raya,” tulis Safriddin di Facebook.

Bagaimanapun, ramai juga masih berpandangan setiap individu perlu ada kesedaran sendiri untuk terus berjaga-jaga serta melindungi diri daripada dijangkiti wabak Covid-19.

“Ikutlah mana terbaik, tapi kalau rasa nak lebih selamat, amalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti biasa sebab hanya yang pernah kena Covid-19 yang tahu seksa sakitnya,” pesan Mohd. Mutalib.

“Rasanya pelitup muka teruskan pakai sebab kes jangkitan belum tahap kosong. Walaupun katanya terkawal, tapi masih beribu,” jelas Shahrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI