fbpx

RON97 naik 13 sen berkuat kuasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik 13 sen menjadikannya dijual RM3.94 seliter berbanding RM3.81 berkuat kuasa esok sehingga 4 Mei depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2. 15 seliter.

Menurutnya, pengekalan harga itu dilakukan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI