fbpx

Pil cegah kehamilan lelaki bakal diuji pada manusia Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS-SAINTIS dari Universiti Minnesota berkata, pil kontraseptif lelaki akan diuji pada manusia dalam dua bulan akan datang. – Getty/iStockphoto

WASHINGTON – Saintis-saintis memaklumkan bahawa pil kontraseptif lelaki (cegah kehamilan) akan mula diuji pada manusia dalam dua bulan akan datang selepas ujian ke atas tikus menunjukkan kejayaan dalam hasilnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyelidik-penyelidik di Univerisiti Minnesota yang mencipta ubat itu berkata, ia boleh memasuki ujian klinikal seawal Julai ini.

Pil bukan hormon yang dinamakan secara perubatan, YCT529 itu mampu menyekat 99 peratus kehamilan pada tikus semasa ujian, meletakannya setanding dengan ubat kawalan kelahiran wanita. 

Tiada sebarang kesan sampingan yang berlaku ke atas tikus tersebut termasuk pertambahan berat badan.

Tikus jantan didapati mampu menyebabkan kelahiran anak dalam enam hingga tiga minggu selepas pemberian ubat dihentikan. 

Menurut seorang ahli kimia, Dr. Gunda Georg, ubat itu boleh diuji terhadap manusia pada separuh kedua tahun 2022.

Beliau berkata, ujian sebelum ini menunjukkan pil itu telah memberikan kesan yang diingini setelah diuji pada tikus, di samping memastikan ia kekal berkembang dan sihat.

Pengilang yang mahu merevolusikann pil tersebut, YourChoice Therapeutics akan memohon kebenaran untuk memulakan ujian ke atas manusia daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

Bagaimanapun, bilangan dan umur peserta yang akan menyertai ujian tersebut tidak didedahkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI