fbpx

Milan yakin mampu tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDRO Tonali (kiri) muncul wira Milan apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Lazio di Stadium Olimpik, Rom awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Pengarah Teknikal AC Milan, Paolo Maldini menggesa pasukan itu agar tidak mensia-siakan peluang yang ada pada musim ini untuk memenangi gelaran Serie A pertama mereka sejak 2011.

Milan kembali menerajui sai­ngan liga menerusi perbezaan dua mata ke atas pencabar terdekat, Inter Milan biarpun sudah bermain lebih satu perlawanan selepas menewaskan Lazio 2-1 kelmarin.

Justeru, keadaan itu menyebabkan Maldini mula melaungkan keyakinan mereka mampu untuk menjadi juara liga musim ini, selain mengharapkan Inter untuk tercicir mata dalam lima perlawanan terakhir.

“Sebagai seorang Milanista, saya bangga dengan prestasi serta kedudukan pasukan ketika ini. Semua pemain serta staf pasukan sudah bekerja keras sepanjang musim ini untuk berada pada kedudukan sekarang.

“Apabila mengharungi musim yang cukup cemerlang seperti ini, objektif utama adalah untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik. Berdasarkan peluang yang ada, kami perlu letak sasaran tinggi (juara),” katanya.

Maldini yang memenangi tujuh gelaran Serie A bersama Milan berharap semua pemain akan memberikan segala-gala­nya dalam baki empat perlawanan akan datang bagi menebus kekecewaan sekadar naib juara musim lalu.

“Saya masih ingat tidak ramai yang percaya dengan kemampuan Milan pada awal musim. Bagaimanapun, sekarang kami berada dalam perebutan kejuaraan dan pemain-pemain tidak boleh sia-siakan peluang yang sudah terhidang,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI