fbpx

LZS sasar kutipan zakat RM212.8juta sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (lima kiri) bersama dengan pengeluar zakat perniagaan di Wisma PKPS, Shah Alam. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM212.8juta sepanjang Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd.Sarbini berkata, secara pecahan sasaran itu adalah melibatkan zakat harta sebanyak RM155juta, zakat perniagaan (RM22.8juta) sementara zakat fitrah berjumlah RM35juta.

“Zakat perniagaan memainkan peranan besar dengan menyumbang kutipan zakat sebanyak RM174.9 juta daripada RM993 juta jumlah keseluruhan zakat tahun lalu.

“Namun begitu, jika ditinjau kepada potensi sebenar zakat perniagaan, hakikatnya ia masih besar untuk diterokai. Selangor mempunyai ribuan entiti perniagaan, sama ada syarikat persendirian, perkongsian, koperasi dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, malam tadi.

Terdahulu LZS menerima zakat perniagaan berjumlah RM3,508,113.71 daripada 43 buah syarikat untuk tahun ini.

Maybank Islamic Berhad mendahului senarai syarikat dengan mengeluarkan zakat perniagaannya berjumlah RM765,545.72, diikuti CIMB Islamic Bank (RM600,000), Utas Maju Sdn.Bhd. (RM237,129.66) dan Takaful Malaysia sebanyak RM200,000.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) sebanyak RM176,440.27, Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM170,000, Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. dan Hospital Pakar KPJ Selangor masing-masing menyerahkan zakat sebanyak RM100,000.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI