fbpx

Busana ketupat Aina Abdul pula curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan busana berkonsepkan anyaman ketupat

PETALING JAYA – “Jika tidak pelik, bukan Aina Abdul namanya.”

Itu yang berlaku sejak semalam apabila nama penyanyi, Aina Abdul menjadi bahan bualan netizen selepas muncul dengan beberapa fesyen pelik yang digayakannya dalam vido muzik lagu rayanya berjudul, Gema Raya.

Selepas tular dengan foto memakai baju kebaya berwarna oren dengan ratusan helai wang kertas bernilai RM10, hari ini dia kembali mencuri perhatian dengan busaya ala-ala anyaman ketupat.

Tidak hanya dengan perincian anyaman ketupat, baju berkenaan juga dihiasi dengan beberapa ketulan ketupat yang tergantung di sekeliling busana tersebut.

Difahamkan, baju tersebut merupakan hasil rekaan pereka tempatan terkenal, Wan & Mary.

“Semuanya tentang baju ini ialah tentang saya. Tak sabar nak makan ketupat dengan rendang daging,” katanya.

Foto yang dimuat naik pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 29, itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi lucu daripada netizen termasuk beberapa selebriti tanah air.

“Ini menang,” komen pelawak terkenal, Shuib.

“Kita yang tengok pun rasa macam nak cicah dengan kuah kacang,” komen seorang pengguna Instagram.

“Ini ketupat nasi atau ketupat palas?” seloroh netizen.

Selain baju anyaman ketupat dan duit KWSP, pelantun lagu Spi itu turut menggayakan baju bertemakan lampu kelip-kelip dalam video muziknya.

Terdahulu, penyanyi berkenaan yang mendapat jolokan ratu fesyen pelik itu sering tampil dengan pelbagai jenis busana unik seperti gaya pasu bunga dan trofi anugerah Grammy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI