fbpx

Sembilan mangsa tragedi Kuzu I ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat memegang kain untuk melindungi pengusung ketika memindahkan mangsa yang ditemui dari helikopter ke ambulans di padang sekolah di Shari, Okhotsk, wilayah Hokkaido. – AFP

TOKYO – Agensi Pengawal Pantai Jepun (JCG) mengesahkan bahawa sembilan daripada 26 penumpang dan kru sebuah bot pelancong yang  hilang di perairan Semenanjung Shiretoko, wilayah Hokkaido, telah ditemui semalam, namun kebanyakan mereka tidak sedarkan diri, lapor akhbar tempatan. 

“Setakat pukul 11 pagi (waktu tempatan) semalam, pesawat JCG telah menyelamatkan empat orang, polis tempatan juga telah menyelamatkan empat mangsa manakala pesawat tentera menyelamatkan seorang mangsa,” JCG dalam satu kenyataan akhbar.

Terdahulu, sebuah helikopter dan bot peronda dikerah untuk meneruskan misi pencarian bot Kazu I yang menghantar isyarat kecemasan kepada JCG sekitar pukul 1.13 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin.

Isyarat kecemasan itu dihantar berikutan bot tersebut dimasuki air. Kazu I kemudian condong 30 darjah tidak lama kemudian sebelum langsung terputus hubungan, demikian menurut laman web JCG

Ketika kejadian, bot itu membawa seramai 22 penumpang dewasa, dua kanak-kanak dan dua kru, manakala kesemua mereka dipercayai memakai jaket keselamatan.

Insiden itu berlaku ketika bot itu berada di perairan Jeram Kashuni yang merupakan lokasi popular kerana menawarkan panorama menarik dan terletak di hujung Semenanjung Shiretoko.

Suhu air laut di perairan itu semasa hari kejadian kelmarin adalah sekitar 2 hingga 4 darjah Celsius bersama ombak besar dan angin kencang, demikian menurut koperasi nelayan tempatan.

Menurut stesen wilayah JCG di Abashiri, Kuzu I pernah dilaporkan terkandas di kawasan air cetek pada Jun tahun lalu sejurus selepas meninggalkan pelabuhan. Tiada mangsa cedera dalam kejadian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI