fbpx

Lelaki cuba jual motosikal curi di kedai pemiliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHANUPONG Paengcharoen, 29, ditahan bersama motosikal curi yang cuba dijualnya ke sebuah kedai di daerah Muang wilayah Trat. - Jakkrit Waewkraihong

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Trat, timur Thailand kecundang apabila cuba menjual motosikal terpakai ke kedai sama di mana dia mencuri kenderaan tersebut dua minggu sebelumnya, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Ketika disoal siasat polis, Phanupong Paengcharoen memberitahu bahawa dia mendapat motosikal itu daripada seorang rakan di daerah Laem Ngob. Rakan itu kononnya menyuruh Phanupong menjual motosikal itu dan membahagikan wang hasil jualan sesama mereka. 

Bagaimanapun, pemilik kedai itu, Chotipong Chaikitsiripan yang berusia 41 tahun memberitahu akhbar Bangkok Post bahawa dia segera mengenali motosikal itu, manakala suspek turut tidak menukar nombor plat.

Chotipong cuba melengah-lengahkan suspek dengan memberitahu bahawa motosikal itu mungkin bernilai 10,000 baht (RM1,275) sementara menunggu polis tiba. 

Polis daripada bahagian siasatan jenayah Meuang segera menahan Phanupong yang berusia 29 tahun.

Motosikal itu adalah milik kakak ipar Chotipong yang melaporkan bahawa ia dicuri pada 8 April lalu. 

Phanupong kini ditahan dan didakwa atas tuduhan mencuri ketika polis meneruskan siasatan berhubung kes kecurian berkenaan.  -Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI