fbpx

Terlalu sibuk, dua tahun Jessi tak rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSI

RAPPER terkenal Korea Selatan, Jessi memang cukup dikenali dengan komitmen kerja yang cukup berdisiplin sejak debut.

Bekas anggota kumpulan hip-hop Lucky J itu hadir dengan single terbaharunya berjudul Zoom dan kini giat mempromosikannya dalam semua stesen televisyen serta radio.

Dalam satu temu bual bersama sebuah radio tempatan, Jessi mengakui dia sebenarnya terlalu penat dan sudah lama tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Kata Jessi, lagu baharunya itu disiapkan hanya dalam masa dua minggu.

Walhal dirinya masih lagi perlu meneruskan rawatan ringer (masalah dehidrasi) yang dihadapinya disebabkan keletihan melampau.

“Sudah dua tahun saya tak berehat. Memang banyak rezeki dan peluang yang datang, namun betul-betul terasa sukar kali ini.

“Dengan penyakit yang saya alami, saya berasa seakan-akan mahu pengsan dan menggeletar seluruh badan setiap kali berada di atas pentas.

“Rawatan ringer yang saya sedang jalani sekarang ini memang menyakitkan. Tetapi saya tiada pilihan,” kongsinya.

Terdahulu pada tahun lalu, Jessi atau nama sebenarnya Jessica Ho yang lahir di Amerika Syarikat kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI