fbpx

Russia uji peluru berpandu Satan II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru berpandu Satan II mampu memusnahkan seluruh Britain. - Daily Mail

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin melancarkan ujian peluru berpandu yang digeruni, ‘Satan II’ sebagai amaran terhadap cubaan campur tangan Barat dalam krisis Ukraine, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Satan II atau nama asalnya, Sarmat RS-28 merupakan peluru berpandu nuklear yang berupaya mencapai jarak 18,0214 kilometer (km) dan boleh memusnahkan seluruh Britain.

Ia juga merupakan peluru berpandu balistik antara benua dengan jarak paling jauh di dunia.

Putin yang menyifatkan pelancaran itu sebagai peristiwa besar dan penting untuk tentera Russia berkata, Satan II boleh mengatasi semua sistem pertahanan moden.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat (USA) memperlekehkan ujian itu dan menyifatkannya  hanya  latihan rutin oleh Moscow sekali gus tidak mendatangkan ancaman global.

Dilancarkan dari kemudahan Komosdrom  Plesetsk di utara Russia, peluru berpandu itu mengenai sasaran sejauh 5,739 km di lapangan sasar tembak Kura, Semenanjung Kamchatka.

Jika peledaknya diisi penuh, Satan II boleh memusnahkan kawasan sebesar negara Perancis.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan, Putin mengucapkan tahniah kepada tentera Russia atas kejayaan ujian tersebut.

“Senjata yang benar-benar unik ini akan mengukuhkan potensi tempur angkatan tentera kita dan memastikan keselamatan Russia daripada ancaman luar.

“Pihak yang berniat untuk mencetuskan konflik dan bersikap agresif ke atas Russia negara akan berfikir dua kali untuk berbuat demikian apabila menyedari kewujudan Satan II,” ujar Putin.

Menurutnya, peluru berpandu nuklear itu mampu mengatasi semua bentuk pertahanan moden antipeluru berpandu.

Pengarah Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin berkata, senjata itu adalah hadiah kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan semua penaja Ukro-Nazisme.

Ukro-Nazisme merujuk kepada propaganda luar biasa yang mendakwa bahawa Kiev diperintah oleh golongan yang menyokong idea Nazi.

Sementara itu, Pentagon memaklumkan bahawa pelancaran peluru berpandu Satan II telah dimaklumkan lebih awal oleh Moscow, justeru USA tidak meletakkan sebarang kebimbangan mengenainya.

Peluru berpandu jenis ‘Satan’  adalah senjata era Kesatuan Soviet (USSR)  yang digunakan sejak tahun 1970-an, manakala  Satan II dikatakan dibangunkan sejak  2000-an. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI