fbpx

Pesakit Covid-19 boleh dijangkiti semula dalam masa 20 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas seorang wanita di Sitges, Sepanyol pada 20 Mei 2021. – AFP

BARCELONA, SEPANYOL – Pakar-pakar perubatan memberi amaran bahawa pesakit Covid-19 boleh dijangkiti semula dalam tempoh hanya tiga minggu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Berdasarkan kes yang dibentangkan pada Persidangan Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit di Portugal, pakar-pakar membincangkan kes terpencil di mana seorang wanita Sepanyol sekali lagi dijangkiti virus Covid-19 dalam masa hanya 20 hari.

Petugas kesihatan berusia 31 tahun itu dijangkiti varian Delta dan Omicron sepanjang tempoh tersebut walaupun dia sudah menerima suntikan dos penggalak.

Saintis-saintis percaya kes itu mewakili jarak jangkitan semula terpendek  pernah direkodkan sejak pandemik koronavirus bermula.

Doktor-doktor di wilayah Catalonia yang merawat pesakit itu turut mengakui bahawa individu yang telah menerima vaksinasi lengkap tidak boleh menganggap diri mereka terselamat daripada jangkitan semula Covid-19.

“Kes ini membuktikan potensi Omicron  mengelak imuniti sebelumnya, sama ada berpunca daripada jangkitan semula jadi atau vaksinasi.

“Dalam erti kata lain, individu yang telah dijangkiti Covid-19 tidak boleh menganggap mereka terselamat daripada jangkitan semula, meskipun telah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagaimanapun, jangkitan sebelumnya dan suntikan vaksin  dapat melindungi mereka daripada gejala teruk atau kemasukan ke hospital,” kata pakar perubatan Institut Catala de la Salut, Dr. Gemma Recio.

Dalam kes tersebut, wanita itu dilaporkan  menerima dos penggalak 12 hari sebelum diuji positif Covid-19 pada Disember 2021 ketika menjalani ujian calitan rutin di tempat kerja.

Ujian makmal menunjukkan pesakit tersebut disahkan positif virus itu dan dijangkiti varian Delta. Dia  menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sebelum kembali bertugas pada Januari lepas.

Bagaimanapun, wanita itu mula mengalami gejala seperti batuk dan demam sebelum sekali lagi disahkan positif Covid-19, kali ini dijangkiti varian Omicron. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI