fbpx

Dua lelaki dilibas wanita asing dengan besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU PAHAT- Seorang lelaki dan bapa mentuanya cedera selepas terkena libasan besi oleh seorang wanita warga asing dalam kejadian amuk di Taman Setia Jaya, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek berusia 37 tahun sebelum itu dikatakan bertindak agresif apabila mahu menyerang seorang wanita sambil melibas sebatang besi di pekarangan kediaman itu.

“Melihat insiden itu, beberapa ahli keluarga mangsa kemudian keluar dari rumah dan menenangkan wanita asing berkenaan.

“Keluarga mangsa meminta suspek yang merupakan jiran mereka supaya pulang ke rumah. Mereka juga bimbang perbuatan suspek yang boleh mengenai dan merosakkan sebuah kereta milik keluarga yang berada hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek bagaimanapun enggan dan semakin bertindak agresif selain mula menyerang serta mengejar seorang wanita daripada keluarga mangsa kerana merakamkan perbuatannya menggunakan telefon bimbit.

Katanya, semasa suami dan bapa wanita berkenaan cuba menenangkan serta menghalang tindakan suspek, mereka berdua terkena libasan besi.

“Suami wanita berkenaan yang berusia 41 tahun luka di bahagian hidung dan bibir manakala bapa wanita itu yang berusia 65 tahun bengkak mata kanan dan patah sebatang gigi.

“Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini sementara wanita yang cuba diserang suspek tidak mengalamai sebarang kecederaaan.

“Sejurus menerima laporan kejadian ini pihak polis pergi ke tempat kejadian dan menahan suspek serta merampas besi tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun atau denda atau sebat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI