fbpx

Askar Ukraine terselamat kerana telefon Samsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Ukraine itu menunjukkan sarung telefon Samsungnya yang tertusuk peluru. - twitter.com/Osinttechnical

KIEV – Nyawa seorang askar Ukraine diselamatkan oleh sarung telefon pintarnya selepas dia ditembak semasa berperang dengan tentera Russia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sebuah akaun di laman Twitter bernama @OSINTtechnical memuat sebuah klip video memaparkan seorang askar Ukraine menunjukkan bagaimana telefon pintar jenama Samsung jenis S20 Ultra miliknya tertusuk peluru.

Menerusi video tersebut, askar itu dilihat berbaring di dalam parit dan mengeluarkan telefon pintar dari poketnya lalu memusingkannya untuk ditunjukkan pada lensa kamera.

Sebutir peluru kelihatan tertusuk pada belakang telefon sekali gus mengelakkan askar itu daripada cedera.

Sarung telefon tersebut dikenal pasti jenis S-View Flip iaitu  sarung telefon rasmi Samsung yang boleh dibeli di laman web Amazon pada harga £22 (RM123.42).

Bagaimanapun, dia mungkin perlu membeli telefon pintar baharu kerana peranti yang menyelamatkannya itu tidak lagi berfungsi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI